Pulau Pinang tidak perlu jadi Singapura - Utusan Malaysia

Pulau Pinang tidak perlu jadi Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 27 Feb. – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menegaskan negeri ini tidak perlu menjadi Si­ngapura kedua dengan kawasan laut di selatan pulau ditambak menerusi projek Penambakan Pulau Pinang Selatan (PSR) dan dijadikan kawasan pembangunan baharu seperti Marina Bay di negara berkenaan.

Presidennya, S.M Mohamed Idris berkata, pembangunan baharu di kawasan tersebut hanya me­nguntungkan para pemaju serta pihak bank namun tidak ada sebarang kebaikan diperoleh rakyat.

“Ini semua mengarut (jadikan kawasan pembangunan baharu seperti Marina Bay, Singapura), mereka (pemaju) sedang memusnahkan alam sekitar di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak perlu menjadi pesaing kepada Singapura atau menjadi seperti Singapura, tambak laut tidak memberi manfaat kepada orang ramai kerana hanya beri keuntungan kepada pemaju serta bank semata-mata,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, pemaju hartanah dan infrastruktur, Kumpulan Gamuda Bhd., membayangkan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua dengan mengatakan negeri ini akan dapat menyaingi Marina Bay di negara kota singa itu apabila projek penambakan tiga pulau buatan menerusi projek PSR selesai.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan PSR seluas 2,600 hektar bagi membentuk tiga pulau buatan yang akan digunakan untuk membiayai pelbagai projek dirangka menerusi PIP, termasuk terowong dasar laut dan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT).

Menurut beliau, SAM akan mengemukakan hasil kajian dan tinjauan SAM bertajuk Kesan-Kesan Penambakan Laut di Malaysia kepada ahli Majlis Peranca­ngan Fizikal Negara (MPFN) dalam masa terdekat untuk mendesak agar semua projek penambakan yang dicadangkan di negara ini khususnya PSR dibatalkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini