20 terbunuh kereta api terbakar - Utusan Malaysia

20 terbunuh kereta api terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH 27 Feb. – Sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala 40 lagi cedera dalam kejadian kebakaran melibatkan kereta api di Stesen Kereta Api Ramses, di sini hari ini.

Kebakaran itu dipercayai berlaku selepas letupan tangki minyak pada kereta api yang sedang bergerak laju menuju ke stesen berkenaan.

Gambar-gambar tular dalam media sosial menunjukkan asap hitam naik dari bangunan stesen kereta api di tengah Kaherah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Reuters melaporkan, Ketua Hospital Jalan Kereta Api Kaherah, Mohammed Said berkata, jumlah kematian dijangka meningkat.

Sementara itu, saksi kejadian, Mina Ghaly berkata, letupan berlaku ketika sebuah kereta api melanggar penghadang besi di stesen.

“Saya sedang berdiri di platform dan melihat kereta api bergerak laju ke penghadang. Semua orang lari menyelamatkan diri namun kebanyakan maut selepas letupan kereta api itu,” katanya.

Tambah Mina, dia ternampak sendiri sekurang-kurangnya sembilan mayat terlantar dalam keadaan rentung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN