‘Kiamat’ Jepun 30 tahun lagi - Utusan Malaysia

‘Kiamat’ Jepun 30 tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 27 Feb. – Sekumpulan penyelidik memberi amaran Jepun bakal dilanda gempa bumi kuat yang mengakibatkan kerosakan serta tsunami dalam tempoh tiga dekad akan datang.

Lapor Mail Online memetik sekumpulan panel penganalisis kerajaan sebagai berkata, risiko gempa bumi sekuat 7.0 hingga 7.5 pada skala Richter yang melanda Jurang Jepun, luar pesisir pantai timur negara ini, adalah sebanyak 90 peratus.

Ketika membentangkan laporan berkenaan, Pengerusi panel, Naoshi Hirata memberi amaran: “Kami mahu mengingatkan orang ramai bahawa gempa kuat dan tsunami akan melanda rantau ini sekali lagi.”

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam projek terbabit, Hirata dan pasukannya membahagikan Jurang Jepun kepada beberapa bahagian.

Berdasarkan bilangan gempa kuat yang berlaku sebelum ini dan jurang masa antara setiap kejadian, pasukan itu memberikan kemungkinan berlakunya bencana baharu di setiap bahagian.

Bagi wilayah Aomori, utara Iwate dan Miyagi, kebarangkalian untuk berlakunya gempa bumi sekuat 7.0 dan 7.5 pada skala Richter adalah dianggarkan sebanyak 90 peratus dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Sementara itu, kawasan luar wilayah Ibaraki mencatatkan peratusan kebarangkalian sebanyak 80 peratus manakala Fukushima ialah 50 peratus.

Selain itu, selatan wilayah Iwate pula diberi 30 peratus kebarangkalian gempa bumi akan terjadi.

Dalam pada itu, pasukan terbabit turut membahagikan kategori risiko daripada satu hingga tiga bagi setiap bahagian untuk gempa bumi sekuat lebih 8.0 pada skala Richter.

Kategori 1 – risiko paling rendah; Kategori 2 – risiko gempa bumi berlaku sehingga 8.0; dan Kategori 3 – gempa bumi lebih 8.0 pada skala Richter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN