Trump-Jong-un bersalaman, buka persidangan bersejarah di Hanoi - Utusan Malaysia

Trump-Jong-un bersalaman, buka persidangan bersejarah di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI 27 Feb. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Pemimpin Kore Utara, Kim Jong-un bersalaman membuka persidangan nuklear Korea Utara di sini sebentar tadi.

Trump dijangka bercakap mengenai program nuklear tersebut yang dikatakan akan ‘sangat berjaya’.

Mereka membuat susulan kepada pertemuan bersejarah di Singapura pada Jun tahun lalu dengan perbincangan empat mata selama 20 minit sebelum makan malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbincangan itu dijadualkan bersambung esok.

Sementara itu, Jong-un ‘yakin’ dengan hasil persidangan berkenaan.

“Saya yakin bahawa hasil yang akan dicapai kali ini akan diterima semua orang.

“Saya akan buat yang terbaik untuk merealisasikannya,” katanya kepada Trump. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN