Hakim tegur Farid lewat ke mahkamah kali kedua - Utusan Malaysia

Hakim tegur Farid lewat ke mahkamah kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 27 Feb. – Mahkamah Majistret hari ini sekali lagi mengingatkan pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil agar menepati tarikh perbicaraannya selepas terlewat buat kali kedua.

Peringatan tersebut dinyatakan Majistret Nor Ariffin Hisham ketika membuat teguran itu terhadap aktor berusia 38 tahun itu.

Ketika ditanya oleh Mahkamah mengenai kelewatan hadir pada perbicaraan tersebut, Farid menjelaskan dia dimaklumkan lambat dari pihak peguamnya Megat Syazlee Mokthtarom yang sedang cuti sakit mengenai perbicaraan yang sepatutnya berlangsung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya minta maaf kerana terlewat hari ini,” kata Farid ringkas.

Nor Ariffin yang mendengar permohonan maaf itu kemudian menasihatkan pelakon bahawa kehadirannya sebagai tertuduh dalam kes ini adalah wajib walaupun ketiadaan peguam belanya.

Megat Syazlee yang  hadir dalam keadaan bersimen ditangannya turut meminta maaf selain memohon tarikh perbicaraan baharu memandangkan dia masih lagi cuti sakit. 

Tiada sebarang bantahan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang diwakili  Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran.

Nor Ariffin kemudian menetapkan 13 hingga 15 Mac serta 20 dan 21 Mac depan sebagai tarikh perbicaraan baru kes tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN