Lebih 1,000 hektar hutan di Riau terbakar - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 hektar hutan di Riau terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 27 Feb. – Lebih 1,000 hektar kawasan hutan dilaporkan terbakar sejak Januari lepas di wilayah Riau, Sumatera, yang menyebabkan berlakunya jerebu dan memburukkan lagi keadaan cuaca panas ketika ini.

Menurut data Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Riau, kebakaran hutan sejak Januari hingga hari ini meliputi kawasan seluas 1,136 hektar.

Kebakaran hutan di Pulau Sumatera itu bukanlah perkara baharu dan berlaku setiap tahun akibat cuaca panas, selain pembakaran pihak tertentu bagi tujuan pertanian sehingga menyebabkan jerebu yang turut menjejaskan negara lain seperti Malaysia dan Singapura sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut laporan agensi berita Antara, pihak berkuasa Indonesia kini bertungkus lumus memadamkan kawasan kebakaran yang masih berlaku di Riau termasuk menggunakan helikopter pengebom air.

Sementara itu, berdasarkan data Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia, pergerakan angin dengan kelajuan 10 hingga 27 kilometer sejam dari timur ke arah timur laut Sumatera dibimbangi akan membawa asap dan jerebu dari Riau ke kawasan lain. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN