Maritim Malaysia rampas 3,300 labi-labi - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia rampas 3,300 labi-labi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 27 Feb. – Sebanyak 3,300 ekor labi-labi yang cuba diseludup masuk ke negara ini dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhampiran Tanjung Tohor di Muar awal pagi ini.

Difahamkan, labi-labi itu diseludup dari negara jiran sebelum bertukar tangan kepada rakyat tempatan dipercayai transaksi itu dijalankan di sempadan perairan kedua-dua negara.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim, Mohammad Othman berkata, labi-labi yang disimpan dalam tujuh bungkusan yang ditemukan di sebuah bot.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, dalam serbuan pada 12.30 pagi itu, pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan berusia dalam lingkungan antara 40 hingga 50 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot berhampiran Tanjung Tohor, tujuh bungkusan yang mengandungi 3,300 ekor labi-labi dipercayai cuba dibawa masuk untuk dipasarkan di negara ini ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, rampasan labi-labi termasuk sebuah bot itu dianggarkan bernilai RM150,000.

Beliau berkata, semua rampasan itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

“Tangkapan itu adalah hasil kerjasama di antara Zon Maritim Batu Pahat dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 6,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN