JAKARTA 27 Feb. – Pasukan penyelamat Indonesia kini sedang menjalankan usaha mencari kira-kira 60 orang yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan lombong emas haram di sebuah pulau di Bolaang, Sulawesi.
Reuters melaporkan, agensi bencana Indonesia dalam satu kenyataan berkata, tiga orang dijumpai maut manakala 13 lagi berjaya diselamatkan pada pukul 5 pagi tadi waktu tempatan dalam kejadian runtuhan, petang semalam.
“Ketika puluhan orang melombong emas di lokasi, tiba-tiba alang dan papan sokongan yang digunakan mereka patah disebabkan tanya tidak stabil.
“Usaha pemindahan diteruskan sepanjang malam kerana bilangan pekerja yang dianggarkan tertimbus,” kata jurucakap agensi tersebut, Sutopo Purwo Nughoro.
Kerajaan pusat telah mengharamkan perlombongan emas berskala kecil walaupun pihak berkuasa wilayah kerap membiarkan kegiatan tersebut di kawasan terpencil. -AGENSI











