Lapor salah laku PH – SPR - Utusan Malaysia

Lapor salah laku PH – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 26 Feb. – Pakatan Harapan (PH) boleh dianggap me­langgar peraturan dan undang-undang negara dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih jika terbukti membuat aktiviti pemberian hadiah dan makanan kepada para pe­ngundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, aktiviti dan tindakan itu perlu dilapor kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlebih dahulu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya tidak boleh bertindak dan tidak mempunyai kuasa berhubung perkara berkenaan tanpa menerima laporan atau maklumat secara langsung.

Katanya, laporan pelanggaran peraturan itu juga perlu mempunyai bukti yang sahih.

“Apabila ada yang difikirkan satu pelanggaran, maka, pihak yang memikirkan begitu, atau pihak yang mempunyai maklumat langsung, perlu pergi membuat laporan.

“Kalau ada bukti video, siapa yang ambil video itu. saya tak tau. Di mana? Mana video itu? Saya tak tahu. Kalau saya buat laporan, polis tanya mana ini, dapat dari mana, siapa yang ambil. Mana yang asli,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja di pusat pengundian awal PRK DUN Semenyih di Kem Batalion Ke-4, Pasukan Gerakan Am di sini hari ini.

Beliau mengulas isu PH yang didakwa mengadakan satu maj­lis penyerahan borang keahlian baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berserta penyerahan sumbangan barangan dapur kepada lapan ibu tunggal yang juga pengundi di sebuah restoran di sini semalam.

Sumbangan berkenaan dikatakan disediakan oleh dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang penerajunya merupakan ahli Bersatu.

Jumaat lalu, PH juga dikatakan mengedar bubur lambuk kepada jemaah Masjid Kampung Batu Tiga, Jalan Bangi Lama di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN