Purata dua kematian akibat kemalangan setiap hari - Perkeso - Utusan Malaysia

Purata dua kematian akibat kemalangan setiap hari – Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SITIAWAN – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) merekodkan purata dua kes kematian akibat kemalangan perjalanan berkaitan pekerjaan dilaporkan kepada pihaknya setiap hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Eksekutif Operasi Perkeso, John R Marin berkata, situasi itu membimbangkan kerana pada tahun lepas, sebanyak 72,631 pelbagai kes kemalangan direkodkan yang mana 35,195 kes atau 48 peratus adalah kemalangan perjalanan semasa berulang-alik ke tempat kerja.

“Daripada jumlah 35,195 itu, terdapat 666 pekerja maut akibat kemalangan perjalanan berbanding dengan 222 kematian akibat kemalangan di tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Bersama Pekerja Inisiatif Perkeso dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Zon Utara di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh di sini yang turut dihadiri Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM Perak, Senior Asisten Komisioner Mohamad Laham.

Kempen itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam terutama golongan pekerja bagi mempertingkatkan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya yang turut disokong pihak majikan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN