Bakal pengantin cari bapa kandung - Utusan Malaysia

Bakal pengantin cari bapa kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Feb. –Seorang wanita yang berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya pada 3 Mac ini sedang berusaha mengesan bapa kandungnya, Don Bostani, 50-an bagi menjadi wali pernikahannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mazlina Don, 30, bagaimanapun berdepan kesukaran dalam usahanya itu kerana tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan bapanya yang terpisah sejak akhir tahun 1997.

Menurutnya, sejak terpisah dengan ayah kandung, dia dan ahli keluarganya tidak pernah bertemu

MAZLINA DON
MAZLINA DON 

mahupun mendapat sebarang perkhabaran berkenaan ayahnya.

“Ayah saya merupakan seorang warga Indonesia dan sejak terpisah hubungan pada kali terakhir pada 1997, kami tidak menerima sebarang berita berkenaan dirinya sehingga sekarang.

“Saya sendiri tidak tahu di mana ayah berada kini. Namun saya berharap ayah dapat menghubungi saya mahupun ibu bagi membantu memudahkan urusan pernikahan tidak lama lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dia berharap mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan Don Bostani diminta menghubungi talian 019-4656788.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN