Bahagia tanpa laman sosial - Utusan Malaysia

Bahagia tanpa laman sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kehadiran Aisyah Aziz hampir enam tahun dalam industri muzik bagaikan ‘tenggelam timbul’. Sekejap ada, sekejap tiada. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, Aisyah secara terus terang mengakui situasi tersebut berpunca daripada dirinya sendiri yang terlalu mengikut perasaan akibat kegagalan dalam hubungan cinta. 

Akibatnya banyak memberi kesan tidak baik kepada kerjayanya. 

“Saya akui nama Aisyah Aziz seperti tenggelam timbul. Apabila menyanyi dalam mana-mana acara anugerah nama saya kembali disebut, tapi kemudian hilang terus sehingga muncul semula pada acara lain,” katanya. 

Situasi itu berulang-ulang sehingga empunya badan setuju jika ramai mengatakan dia tidak konsisten dalam kerjaya mahu pun populariti.

“Saya tidak bernasib baik seperti orang lain yang lancar perjalanan kerjayanya. Saya akui semua itu salah sendiri. 

“Saya yang menjadi punca dikatakan tenggelam timbul. 

“Dengan kemunculan lagu Entah Bila saya tidak mahu ‘hilang’ lagi. Rasanya fokus saya sudah kembali kerana sudah boleh mengawal rasa kecewa tersebut.  

“Terima kasih kepada semua yang tetap menyokong. Hanya Allah yang mempu membalasnya,” kata Aisyah jujur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN