Lautan merah banjiri Utusan - Utusan Malaysia

Lautan merah banjiri Utusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Baju sama merah, tetapi pasukan lain-lain. Demikian suasana yang berlaku apabila kira-kira 1,000 penyokong Manchester United dan Liverpool membanjiri program EPL@Utusan bagi menyaksikan siaran langsung Liga Perdana Inggeris itu di sini, hari ini.

Kedua-dua penyokong pasukan tersebut sudah membanjiri lobi Utusan dua jam awal sebelum sepak mula pada pukul 10 malam bagi merebut hadiah menarik menerusi pelbagai aktiviti sampingan menjelang perlawanan tersebut.

Antara aktiviti sampingan yang diadakan bagi memeriahkan program EPL@Utusan ialah cuba sepak bola, fussball, mini studio untuk mengabadikan kenangan bersama EPL@Utusan dan

Memuatkan artikel berkaitan…
ISHAK MOHD. ISHTIAQ
ISHAK MOHD. ISHTIAQ 

pendaftaran sebagai penumpang serta pemandu Faszz.

EPL@Utusan yang ditonton menerusi skrin gergasi merupakan edisi keempat seum­pamanya dianjur oleh akhbar arus perdana, Utusan Malaysia sejak 2017 dengan format unik iaitu tonton percuma sambil berpeluang memenangi cabutan bertuah.

Pelbagai hadiah menerusi cabutan bertuah turut disediakan daripada Shopee, Mamee, Faszz dengan paling lumayan adalah tiket penerbangan tajaan Air­Asia untuk dimenangi.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Faszz, Datuk Ishak Mohd. Ishtiaq berkata, beliau melahirkan rasa kagum apabila melihat ramai penyokong tidak kira bangsa, agama, usia dan latar belakang berada di bawah satu bumbung.

“EPL@Utusan berjaya menyatukan pelbagai latar belakang menerusi sukan bola sepak. Perlawanan Manchester United dan Liverpool adalah aksi yang paling ditunggu-tunggu.

“Program ini wajar diteruskan demi kebaikan rakyat Malaysia. Kami rasa amat berbangga kerana menjadi penaja utama bagi program ini,” katanya yang juga penyokong Liverpool kepada Utusan Malaysia di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Untuk makluman, Faszz merupakan sebuah syarikat perkhidmatan e-hailing. Berbeza dengan per­khidmatan e-hailing lain yang semakin kurang memberi insentif kepada pemandu, Faszz yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera akan menyediakan insentif, insurans serta perlin­dungan kepada pemandu berdaftar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×