MAT digesa kaji semula skim perkhidmatan, pencen ATM - Utusan Malaysia

MAT digesa kaji semula skim perkhidmatan, pencen ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Majlis Angkatan Tentera (MAT) digesa mengkaji semula skim perkhidmatan dan pencen anggota Ang­katan Tentera Malaysia (ATM).

Gesaan itu disuarakan sekumpulan veteran ATM yang telah mengkaji selama empat tahun berkaitan beberapa isu veteran termasuklah pencen anggota, dan hasil kajian dimaklumkan hari ini.

Koordinator kumpulan itu, Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdullah Mohamed berkata, terdapat lima isu yang ditekankan dalam perjumpaan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isu tersebut ialah kuasa yang berkaitan MAT, penyelasaran pencen bagi ATM, isu veteran tidak berpencen, bekas tentera yang tidak diiktiraf dan kadar PHU (Pencen Hilang Upaya) serta elaun laya­nan sentiasa kepada veteran,” katanya dalam sidang akhbar di Ampang, dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meng­gesa MAT mengambil berat isu-isu berkaitan veteran ATM bagi menjamin kelangsungan sosio­ekonomi golongan itu.

Selain itu, seorang lagi wakil kumpulan tersebut, Brigedier Jeneral (B) Datuk Adnan Ali berharap MAT menggunakan konsep rule of law dalam me­laksanakan skim perkhidmatan ATM ke arah yang lebih baik mengikut peraturan dan tradisi angkatan tentera.

“Saya menyarankan dua pendekatan berkaitan isu ini iaitu menubuhkan suruhanjaya bagi mengkaji skim perkhidmatan ATM dan kenaikan tahunan pencen ditambah secara interim.

“Perkara ini melibatkan 40 peratus anggota berpencen, 60 peratus masih berkhidmat dan kira-kira 5,000 anggota yang akan bersara setiap tahun,” jelas beliau.

Kumpulan tersebut juga telah melakukan perjumpaan de­ngan 125 orang veteran ATM bagi membincangkan isu-isu berbangkit membabitkan golongan itu hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×