500 liter diesel dirampas - Utusan Malaysia

500 liter diesel dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT 24 Feb. – Pejabat Perdagangan Da­lam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna daerah menahan seorang lelaki dekat sini baru-baru ini kerana memiliki 500 liter diesel bersubsidi tanpa sebarang permit.

Ketua cawangannya, Mohd. Faizol Salleh berkata, lelaki berusia 39 tahun itu didapati melakukan kesalahan kerana cuba menyeludup 25 tong diesel tanpa permit dan surat kebenaran daripada kementerian berkenaan.

Dalam serbuan pukul 11.45 malam itu katanya, penguat kuasa mendapati minyak ber­kenaan diisikan dalam 25 tong yang kesemuanya berjumlah 500 liter bernilai lebih RM1,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua 25 tong diesel dile­takkan dalam sebuah kende­raan pacuan empat roda tanpa sebarang permit di sebuah ste­sen minyak di Kuala Lipis.

“Lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang surat permit pembelian diesel yang diisi di dalam 25 tong berjumlah 500 liter sekali gus telah melakukan kesalahan,” katanya di sini kelmarin.

Menurut Mohd. Faizol, berikutan tangkapan itu, pihaknya menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk membawa diesel berkenaan.

Katanya, anggota penguat kuasa sudah memantau aktivi­ti dan pergerakan lelaki tersebut selama lebih dua minggu yang mengambil kesempatan menggunakan minyak bersubsidi kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×