Arab Saudi hidupkan semula Laluan Hijrah - Utusan Malaysia

Arab Saudi hidupkan semula Laluan Hijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH – Kementerian Haji dan Umrah sedang melakukan persiapan akhir untuk projek yang akan membolehkan jemaah, pelawat dan penduduk Arab Saudi bergerak ke kota suci Madinah dengan menaiki unta melalui Laluan Hijrah yang digunakan oleh Nabi Muhammad, lapor akhbar harian Mekah.

Kementerian Haji dan Umrah me­nyatakan, pihaknya bersetuju melancarkan inisiatif itu bersama Suruhanjaya Diraja untuk Mekah dan Tempat Suci.

Projek itu termasuk membangunkan 27 hentian di sepanjang Laluan Hijrah dengan membina hotel, rumah tumpangan muzium dan bangunan lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Inisiatif itu diberi nama Jalan ke Thaniyat Al-Wada, merujuk kepada sebuah kawasan tanah tinggi dekat Madinah. Apabila siap kelak, pe­ngunjung boleh mengambil jalan sama yang digunakan oleh Nabi Muhammad semasa baginda berhijrah ke dari kota suci Mekah.

Laluan itu akan bermula dari Ghar Thor, gua di Bukit Thor, Mekah iaitu lokasi Nabi Muhammad dan sahabat baginda, Abu Bakar bersembunyi da­ripada puak Quraisy selama kira-kira tiga hari sebelum memulakan perjalanan ke Yathrib.

Kota Yathrib bertukar nama kepada Madinah Al-Munawwarah selepas Nabi Muhammad menetap di sana.

Menurut kementerian itu, selain menaiki unta, pelawat juga boleh me­lakukan perjalanan ke Madinah melalui jalan sama menggunakan kende­raan pacuan empat roda, belon udara panas dan motosikal. Kementerian sama bagaimanapun tidak menyebut bila laluan sejauh 380 kilometer itu akan dilancarkan namun, ia dipercayai siap dalam sedikit masa lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×