‘Gelaran Eropah, belum lagi’ - Utusan Malaysia

‘Gelaran Eropah, belum lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Feb. – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola masih tidak gembira dengan persembahan dipamerkan oleh anak buahnya biarpun meraih kemenangan 3-2 ke atas Schalke 04 dalam timbal balik pertama 16 terbaik Liga Juara-Juara, hari ini.

Guardiola tanpa berselindung berkata, City tidak akan memenangi Liga Juara-Juara andai terus membuka laluan kepada lawan menjaringkan gol ketika mereka perlu bangkit seperti dilakukan sewaktu menentang Schalke di Veltins Arena.

“Kami memberikan Schalke gol pertama mereka, malah, kami juga dibolosi kali kedua dan layangan kad merah turut memberikan kelebihan kepada pasukan lawan. Melihat situasi ini, saya dapat gambarkan bahawa kami masih belum bersedia untuk menjadi juara Liga Juara-Juara, namun, kemenangan itu tetap keputusan yang baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang perlawanan, lawan tidak melakukan sebarang percubaan tepat, namun, mereka menjaringkan dua gol. Selepas kad merah itu, dalam 15 hingga 20 minit terakhir, mereka mungkin berpeluang meningkatkan tekanan untuk menambah jaringan ketiga atau keempat dan kami pasti akan tewas.

“Bagi saya, keputusan ini amat baik, malah, perhitungan masih belum tamat dan saya berharap penyokong kami dapat membantu dalam aksi timbal balik nanti. Saya juga berharap pasukan dapat memperbaiki segala kelemahan pada masa akan datang,” kata Guardiola.

Dalam perlawanan tersebut, City meraih kelebihan dalam aksi pertama di Jerman, biarpun, mereka hanya dapat mengikat kedudukan selepas pemain gantian, Leroy Sane, menjaringkan gol pada minit ke-85 dan diikuti dengan gol kemenangan daripada Raheem Sterling pada minit ke-90.

Schalke, yang ketinggalan menerusi jaringan awal Sergio Aguero, bangkit menjadikan kedudukan 2-1 menerusi dua penalti daripada Nabil Bentaleb selepas bola terkena tangan Nicolas Otamendi dan kekasaran yang dilakukan Fernandinho. Otamendi kemudian dilayangkan kad kuning kedua selepas rehat akibat terjahan lewat ke atas Guido Burgstaller. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini