KBS sedia salur bantuan kepada Nicol - Utusan Malaysia

KBS sedia salur bantuan kepada Nicol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Kementerian Belia dan Sukan bersedia untuk menyalurkan sebarang bentuk bantuan kepada ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, 35, yang mahu bersara daripada sukan itu pada Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman berkata, beliau berhak untuk mendapatkan bantuan lebih daripada kadar pencen dengan melihat kejayaannya dalam mengharumkan nama negara.

Katanya, bagaimanapun perkara tersebut dalam perbincangan antara Majlis Sukan Negara (MSN) dengan Nicol bagi mendapatkan persetujuan bersama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau berhak dapat lebih daripada pencen atas kejayaannya dalam mengharumkan nama negara dan beliau juga memegang rekod juara Terbuka Dunia selama lapan tahun.

“Pihak MSN sedang dalam perbincangan untuk menentukan bentuk apakah yang terbaik bagi perjalanan bekas pemain No. 1 dunia pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu beliau hadir merasmikan program Konflik Kepentingan dalam Memerangi Rasuah.

Selain pernah menjuarai Terbuka Dunia sebanyak lapan kali, Nicol turut memenangi dua pingat emas di Sukan Komanwel pada 2010 di Delhi dan 2014 di Glasgow.

Beliau juga memenangi tujuh pingat emas bagi acara perseorangan dan berpasukan sepanjang tujuh penampilannya di Sukan Asia bermula pada edisi 1998. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×