Segerakan inisiatif tangani kos sara hidup - Utusan Malaysia

Segerakan inisiatif tangani kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KISAH orang muda tak cukup duit bukan baru. Siapa boleh lupa, babak Sudin yang hendak pinjam 350 ringgit daripada seorang pengurus bagi pihak sahabatnya, Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapok.

Walaupun awalnya me­langkah penuh yakin berbekalkan ‘batu hikmat’ yang dibeli dengan harga 10 ringgit, Sudin kemudian­nya layu disergah. Hajatnya tidak kesampaian.

Kata Sudin bila disoal rakannya, “Dapat tu dapat, tapi lima ringgit sahaja,” yang disambut Ramlee sambil mengeluh nak buat apa dengan jumlah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, begitulah juga riaknya dalam media sosial dengan nilai RM100 Bantuan Sara Hidup (BSH) orang bujang yang dikembalikan kerajaan seperti diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam.

Tidak tahulah pula, siapa yang jadi watak pengurus dan siapa pula jadi S. Shamsudin, Tan Sri P. Ramlee dan Datuk Azis Satar atau tiada kaitan sama sekali.

Cumanya, tiga juta orang bujang yang layak menerima RM100 BSH harus juga berterima kasih kepada kerajaan berbanding kisah P. Ramlee dan Bujang Lapok kerana perlu meminjam.

Diakui tidak banyak tetapi apa boleh buat, itu sahaja dalam kemampuan kerajaan. Kalau nak desak pinjam ‘batu hikmat’ macam Sudin buat pun belum tentu jumlahnya bertambah, apatah lagi kalau berdepan macam ‘Manager Kemat Hasan’.

Harapnya, kaedah permohonan dipermudahkan, biar berpadanan dengan jumlahnya. Tak mahulah jadi macam Sudin, dapat lima ringgit tapi modal batu hikmat saja sudah 10 ringgit. Setakat ini, Kementerian Kewangan responsif kepada rungutan pemohon BSH seperti disiarkan Utusan Malaysia.

Pada masa sama, kementerian-kementerian lain juga perlu proaktif menzahirkan usaha kerajaan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Semalam Kementerian Pengangkutan sudah memulakannya dengan potongan tambang KTM Komuter, kementerian lain bila lagi?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×