Paras air Empangan Air Itam menurun - Utusan Malaysia

Paras air Empangan Air Itam menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 19 Feb. – Cuaca panas berpanjangan di negeri ini sejak awal Ja­nuari lalu mula memberikan kesan terhadap kadar simpanan air mentah di Empangan Air Itam di sini, yang kini me­ngalami penurunan ketara.

Ketua Pegawai Eksekutif Per­badanan Bekalan Air Pulau Pi­nang Sdn Bhd (PBAPP), Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata, kapasiti efektif Empangan Air Itam pada masa ini adalah pada kadar 67.3 peratus semalam, berban­ding 92.2 peratus pada 1 Januari lalu.

“Oleh kerana cuaca panas dan kemarau, kapasiti efektif Empangan Air Itam menurun sebanyak

Memuatkan artikel berkaitan…
JASENI MAIDINSA
JASENI MAIDINSA 

24.9 peratus dalam tempoh 1 Januari hingga semalam.

“Oleh itu, PBAPP me­mohon kerjasama daripada semua pengguna air di Air Itam dan kawasan sekitar­nya agar mengurangkan penggunaan air harian dengan segera,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Menurut Jaseni, fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat Semenanjung dan Sabah dijangka berte­rusan hingga hujung Mac ini.

Katanya, taburan hujan yang rendah adalah sebab utama pe­nurunan dramatik dalam kapasiti efektif Empangan Air Itam.

“Dalam tempoh 1 Januari hingga semalam, tolok taburan hujan di empangan ini menca­tatkan hanya 94 milimeter (mm) berbanding tolok taburan hujan di Teluk Bahang mencatatkan 172.5 mm hujan dalam tempoh yang sama,” ka­tanya.

Beliau menjelaskan, Empangan Air Itam menyimpan air mentah yang di­gunakan untuk operasi bekalan air di bandar Air Itam dan kawasan sekitarnya.

“Penggunaan air yang tinggi adalah sebab sekunder untuk penurunan ketara dalam kapasiti efektif Empangan Air Itam sejak 1 Januari lalu.

“Tahap penggunaan air yang tinggi ini agak gawat, terutama apabila simpanan air mentah di Empangan Air Itam mengalami penurunan yang ketara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini