PRK Semenyih: Perlu ambil kira beberapa faktor untuk bina hospital - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: Perlu ambil kira beberapa faktor untuk bina hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan perlu mengambil kira beberapa faktor termasuk keperluan dan kepadatan penduduk sebelum merancang untuk membina hospital di Semenyih, Selangor, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. 

Beliau berkata, cadangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali yang mahu sebuah hospital dibina di kawasan itu perlu lebih munasabah.

“Sesiapa sahaja boleh buat janji tetapi kami mengharapkan janji-janji itu lebih munasabah. Membina hospital bukan seperti membina mana-mana premis. Kementerian perlu mengambil perhatian dari segi keperluan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhammad Aiman dilaporkan menjadikan pembinaan hospital sebagai agenda utama jika menang PRK itu memandangkan ia merupakan permasalahan paling banyak diutarakan masyarakat setempat.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina kementeriannya di sini hari ini, Dzulkefly berkata, Muhammad Aiman boleh mengesyorkan tetapi keputusan kementerian dibuat selepas beberapa syarat yang ditetapkan dipenuhi. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×