Tiga empangan MADA berada pada paras selesa - Utusan Malaysia

Tiga empangan MADA berada pada paras selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Kedudukan takungan air di tiga empangan di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) iaitu Empangan Muda, Pedu dan Ahning dilaporkan berada pada paras selesa.

Pengurus Besar MADA, Datuk Fouzi Ali berkata, takungan air yang dicatatkan di Empangan Muda hari ini adalah 59.6 peratus, Pedu 80.3 peratus dan Ahning 73.4 peratus.

“Paras air di ketiga-tiga empangan MADA ini masih selesa untuk bekalan domestik serta kegunaan tanaman padi bagi musim 1/2019 yang dijangka bermula pada penghujung April ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai rekod 60 peratus tanaman padi bagi musim 2/2018 di kawasan Muda telah dituai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru, kata beliau, bekalan air bagi keperluan domestik dan pertanian dalam kawasan MADA mencukupi sepanjang musim panas ini yang dijangka berlarutan sehingga hujung Mei.

Pada Sabtu lalu, kedudukan takungan air di Empangan Muda adalah 61 peratus, Pedu 80.3 peratus dan Ahning 73.7 peratus. 

Sementara itu, laman web Lembaga Sumber Air Negeri Kedah hari ini memaparkan kedudukan takungan bagi Empangan Beris di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu 87.76 peratus berbanding 90.02 peratus pada 13 Februari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×