ALOR SETAR 19 Feb. – Majlis pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri yang diketuai Mohammed Firdaus Johari mengumumkan pelantikan majlis pimpinan sayap itu bagi penggal 2018-2021.
Bagi jawatan Timbalan Ketua AMK negeri diisi oleh Mohd. Aizuddin Ariffin manakala naib Presiden sayap itu masing-masing disandang oleh Mohd. Shafiq Mohd. Altab; Loh Wei Chai dan V. Prabhu.
Setiausaha AMK pula disandang oleh Wan Mohamad Shahezral Wan Shahidan.
Bagi jawatan Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya, Pengarah Strategi dan Komunikasi masing-masing disandang oleh Mohd. Syauqi Md. Sahimi; Ahmad Munir Zakaria; Habib Ahmad Irfan Habib Danial dan Mohd. Syakir Mohd. Daud.
Ahli Jawatan Kuasa pula diisi oleh ketua-ketua AMK Cabang negeri ini.
Sementara itu, Mohammed Firdaus berkata, pelantikan tersebut adalah hasil rundingan bersama ketua-ketua AMK cabang negeri.
“Semoga barisan kepimpinan ini dapat memberikan khidmat yang terbaik demi memastikan kelangsungan sayap AMK dalam melaksanakan agenda reformasi,” katanya.- UTUSAN ONLINE











