Azmin sindir Bossku tidak bawa isteri berkempen - Utusan Malaysia

Azmin sindir Bossku tidak bawa isteri berkempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 18 Feb. -Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bergurau dengan menyindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak membawa isteri untuk turun bersama-sama berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Katanya, beliau hairan Najib yang kini popular dengan panggilan ‘Bossku’ memilih modus operandi menaiki motosikal seorang diri keliling kampung-kampung.

“Jangan main-main. Nanti Bossku datang naik motor esok. Dia naik motor dia masuk Kampung Rinching Hilir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adalah budak-budak ikut jerit Bossku, Bossku,Bossku…Saya cadang, kalau boleh jangan naik sorang. Bawalah yang seorang lagi tu.Janganlah jalan seorang-seorang. Bolehlah dia bonceng di atas motor tersebut,“ katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada ceramah PH yang dijalankan di Kampung Rinching Hilir di sini hari ini.

Turut hadir pada ceramah itu Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan calon PH untuk PRK DUN Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.

Ceramah yang memasuki hari ketiga itu menarik tumpuan lebih 300 penduduk setempat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×