Zidane pengganti Sarri - Utusan Malaysia

Zidane pengganti Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane bersedia menyertai Chelsea sebagai pengurus sekiranya The Blues memberi jaminan untuk memenuhi tiga syarat yang dikehendaki olehnya.

Menurut laporan media tempatan, pemain legenda Perancis itu sudah mempunyai perancangan untuk kembali semula ke kancah pengurusan memandangkan Chelsea merupakan salah sebuah pasukan yang berada dalam senarainya.

Difahamkan, antara syarat utama yang harus dipersetujui oleh Chelsea jika mahu mendapatkan khidmat Zidane ialah mereka perlu meluluskan dana minimum berjumlah £200 juta (RM1.54 bilion) bagi tujuan membawa masuk pemain baharu.

Sekiranya ada pemain tonggak Chelsea yang dijual pada musim panas depan, dana yang perlu sediakan pula haruslah melebihi £200 juta.

Pada masa yang sama, Zidane juga mahu menjadi individu yang berkuasa sepenuhnya dalam membuat keputusan mengenai pemain yang akan dijual serta yang akan dibawa masuk ke Stamford Bridge.

Selain itu, pengurus yang mengemudi Real meraih tiga trofi Liga Juara-Juara itu juga mahu pemain tonggak Chelsea, Eden Hazard dikekalkan.

Ketika ini, individu yang berkuasa dalam memutuskan nasib mana-mana pemain terletak di tangan Pengarah Kelab, Marina Granovskaia.

The Blues masih terumbang-ambing dalam saingan musim ini sejak berada di bawah kendalian bekas jurulatih Napoli, Maurizio Sarri.

Mereka dimalukan Manchester City 0-6 minggu lalu, sekali gus menyaksikan kedudukan mereka jatuh di tangga keenam Liga Perdana England. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×