RIYADH 18 Feb. – Sebuah hotel di Mekah dilaporkan terbakar dalam satu kejadian dekat sini, semalam.
KEBAKARAN melibatkan sebuah hotel yang merupakan sebahagian daripada projek Jebel Omar di Mekah, kelmarin. – AGENSI
Gulf Daily News melaporkan, kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi waktu tempatan itu melibatkan sebuah hotel yang merupakan sebahagian daripada projek Jebel Omar.
Memuatkan artikel berkaitan…
Anggota bomba bagaimanapun berjaya mengawal kebakaran itu daripada merebak ke seluruh bangunan.
Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Mejar Nayef Al Sharif berkata, kebakaran itu dipercayai bermula dari satu longgokan sampah, sebelum merebak ke kawasan hotel. – AGENSI











