Penduduk Pangsapuri Baiduri serbu Bossku - Utusan Malaysia

Penduduk Pangsapuri Baiduri serbu Bossku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 17 Feb. – Kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke tempat ceramah Barisan Nasional (BN) di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Branang di sini mencuri perhatian penduduk.

Lebih 1,000 penduduk memilih untuk mendengar ceramah BN berbanding Pakatan Harapan (PH) yang dihadiri kurang 100 orang.

Kedua-dua ceramah berkenaan dijalankan dalam kawasan pangsapuri yang sama dengan perbezaan jarak kira-kira 100 meter.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kehadiran Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ke tempat ceramah PH ternyata gagal menarik perhatian pengunjung.

Ceramah MB Selangor
SURAM… Suasana suram program Pakatan Harapan (PH) yang diadakan serentak dengan Program Ceramah Barisan Nasional di Pangsapuri Baiduri, Taman Tasik Kesuma, Branang, Selangor malam tadi. – UTUSAN ONLINE/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Kebanyakan pengunjung yang hadir tanpa rasa malu bersorak dan berkali-kali melaungkan slogan, ‘malu apa bossku’.

Selepas berucap, Najib kemudiannya melawat perniagaan trak makanan dalam perkarangan pangsapuri tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×