PKNS FC belasah Selangor - Utusan Malaysia

PKNS FC belasah Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Hasrat Selangor untuk melakar kemenangan pertama pada musim ini menemui jalan buntu apabila skuad kendalian B. Sathianathan itu dibelasah 0-4 oleh PKNS FC dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Turun beraksi di laman sendiri, Red Giants terdesak untuk mencari tiga mata pertama selepas mereka sekadar mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir.

Bagaimanapun, PKNS FC membuktikan mereka tidak mempunyai masalah untuk mengatasi Selangor dengan jaringan pertama dihasilkan menerusi tandukan Nicholas Swirad pada minit ke-27 sebelum Kpah Sherman menggandakan jaringan pada minit ke-50.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerang dari Kemboja, Chan Vathanaka menambah derita Selangor apabila meledak gol ketiga untuk pasukannya selepas menyambut hantaran daripada Fandi Othman pada minit ke-79 sebelum Romel Marales menjaringkan gol keempat pada minit terakhir permainan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×