[VIDEO] 90 peratus pengundi Indonesia di Malaysia dijangka keluar mengundi - Kedutaan - Utusan Malaysia

[VIDEO] 90 peratus pengundi Indonesia di Malaysia dijangka keluar mengundi – Kedutaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Kira-kira 80 hingga 90 peratus daripada 1.5 juta pengundi berdaftar Indonesia yang berada di Malaysia dijangka menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia pada 14 April ini.

Timbalan Duta Besar Indonesia, Krishna K.U. Hannan berkata, pihak kedutaan membuka enam pusat pengundian termasuk di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching, Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Kuala Lumpur mempunyai jumlah pengundi terbanyak dengan 500,000 orang, diikuti Johor Bahru,” katanya kepada pemberita selepas menonton siaran langsung debat Pilpres bersama lebih 200 perwakilan di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pilpres yang diadakan pada 17 April ini menyaksikan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) ditentang Prabowo Subianto. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini