Debat Pilpres: Saksi dengar bunyi letupan - Utusan Malaysia

Debat Pilpres: Saksi dengar bunyi letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 17 Feb. – Bunyi letupan berlaku berhampiran lokasi nonton bersama debat calon Presiden (Capres) 2019, yang berlangsung di kawasan parkir Timur Senayan, dekat sini.

Tribunnews melaporkan, ledakan tersebut menyebabkan ribuan penonton debat terutama penyokong calon Presiden panik dan lari bertempiaran.

Sejumlah saksi di lokasi yang berjara hanya beberapa meter dari lokasi letupan memberitahu, letupan itu hanya berlaku sekali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rendi, penyokong dari Sekretariat Kebangsaan Jokowi di Kota Depok berkata, dia hanya berada pada jarak kira-kira 10 meter dari bunyi letupan itu kedengaran.

Saksi lain, Pendi memberitahu, dia melihat sebuah kenderaan berwarna putih melintasi sesaat sebelum ledakan itu berlaku.

“Saya duduk 10 meter jaraknya, tiba-tiba ada kereta putih melintas dan langsung ada ledakan, seolah-olah ada yang dilempar dari dalam kenderaan itu,” katanya.

Ketika ini situasi di lot parkir Timur Senayan masih agak tenang dan polis tidak membenarkan sesiapa mendekati kawasan ledakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini