Habuan RM10,000 buru suspek kes samun MRT - Utusan Malaysia

Habuan RM10,000 buru suspek kes samun MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pejabat Ahli parlimen Kepong menawarkan wang tunai bernilai RM10,000 kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat sahih mengenai suspek lelaki yang bertindak kejam membelasah seorang wanita untuk menyamunnya di dalam lif dalam satu kejadian di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras di sini kelmarin.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, tawaran tersebut dikeluarkan bagi memastikan penjenayah tersebut ditahan dan dibawa ke muka pengadilan dalam masa terdekat.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut boleh memberikan maklumat kepada pejabat saya di Kepong atau melalui emel di alamat emel [email protected].

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang saya takuti adalah jika dia tidak ditahan dalam masa terdekat, ia boleh mempengaruhi penjenayah lain untuk melakukan jenayah dengan cara yang sama iaitu di dalam lif atau lokasi lain yang terlindung,” katanya dalam satu kenyataan di laman media sosial Facebooknya hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang lelaki tempatan bertindak kejam dengan membelasah teruk seorang wanita yang menjadi mangsa samunnya di dalam lif di MRT Taman Mutiara, Cheras di sini Jumaat lalu.

Mangsa yang berusia 48 tahun itu telah ditumbuk dan ditendang beberapa kali di dalam lif tersebut tanpa belas kasihan. Suspek juga telah melarikan dompetnya yang berisi MyKad, kad bank serta wang tunai bernilai RM400. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×