Pasangan suami isteri Sri Lanka guna pasport palsu Malaysia ditahan di Chennai - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri Sri Lanka guna pasport palsu Malaysia ditahan di Chennai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHENNAI 17 Feb. – Polis India menahan pasangan suami isteri warga Sri Lanka yang cuba menaiki penerbangan ke London di Lapangan Terbang Chennai dengan menggunakan pasport palsu Malaysia.

Lapor Times of India, pasangan tersebut, Vijayan, 35, dan isterinya, Yasodha, 33, ditahan pegawai Imigresen selepas mendapati mereka dalam keadaan mencurigakan dan diserahkan kepada Cawangan Jenayah Pusat (CCB).

Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati pasangan suami isteri itu merancang untuk berhijrah ke London dengan menggunakan pasport Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika disoal siasat, pasangan itu memberitahu yang mereka dimaklumkan oleh sebuah agensi pelancongan yang berpangkalan di Colombo, Sri Lanka untuk transit di Chennai, India menggunalan pesawat Air India.

Menurut suspek, ketika berada di lobi transit Chennai, dua lelaki dari Kuala Lumpur akan datang menyerahkan pasport palsu Malaysia kepada mereka. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×