Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit - Utusan Malaysia

Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, hari ini baginda sendiri menunjukkan bakat mereka cipta corak baju daripada bahan mineral itu.

Hanya berbekalkan sehelai baju-T Pagoda berwarna putih, getah pengikat, air bauksit, pewarna yang dihasilkan daripada pokok tarum atau nama saintifiknya Indigofera Tinctora, baginda berjaya menyiapkan baju bercorak abstrak dengan warna jingga dan indigo yang menarik.

Baju-T yang telah siap itu kemudian dikurniakan kepada juruiring baginda, Brigedier Jeneral Mohd. Zahari Yahya TUDM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya nak tunjuk kepada semua, bauksit ini boleh juga dijadikan bahan pewarna pakaian dan lepas ini sesiapa yang berminat untuk jadikannya bahan pewarna pakaian, boleh minta dengan Felda,” titah baginda secara bergurau kepada Bernama.

Tunku Azizah sebelum itu berkenan mencemar duli meluangkan masa lebih lima jam menyertai Bengkel Natural Dye Creative Workshop yang diadakan di Perkampungan Budaya Pulau Keladi di sini dengan diiringi puteri baginda, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Sultan Abdullah dan menantu baginda, Tengku Puteri Suraiya Afzan Mohamed Moiz. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×