FLLSPG disertai 45 negara, mula 27 Februari ini - Utusan Malaysia

FLLSPG disertai 45 negara, mula 27 Februari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Feb. – Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-24 bakal menyaksikan penyertaan lebih daripada 190 peserta antarabangsa dari 45 negara seluruh dunia.

FLLSPG yang merupakan program pelancongan tahunan negara itu akan berlangsung bermula 27 Februari sehingga 3 Mac ini dan bertemakan The Beauty of Culture.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, jumlah peserta yang menyertai festival tahun ini dijangka melebihi 1,000 orang bagi kesemua kategori.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Festival tahun ini akan menyaksikan pelbagai tarikan baharu buat pengunjung yang hadir, antaranya Persembahan Inspitari Joget Wau Merak, Persembahan LED Stringless Butterfly dan Persembahan LED Stunt Kite.

CAI TUNG (tengah) bersama-sama para penaja selepas menyempurnakan Majlis Prapelancaran FLLSPG ke-24
CAI TUNG (tengah) bersama-sama para penaja  selepas menyempurnakan Majlis Prapelancaran FLLSPG ke-24 di pusat beli-belah Capital City Mall, Johor Bahru, Johor, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN 

“Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Pasir Gudang selaku lokasi pelancongan, turut diadakan Pasir Gudang International Bike Week 2019 di lokasi sama seminggu kemudian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Prapelancaran FLLSPG ke-24 di pusat beli belah Capital City Mall, di sini sebentar tadi.

Peserta antarabangsa yang hadir termasuk dari Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Perancis, England serta beberapa negara baharu seperti Emiriah Arab Bersatu, Venezuela, Colombia, Hungary dan Bulgaria. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN