Kelantan sasar kehadiran 5.5 juta pelancong - Utusan Malaysia

Kelantan sasar kehadiran 5.5 juta pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menyasarkan kehadiran 5.5 juta pelancong ke negeri ini melalui dua pintu masuk utama iaitu dari sempadan Thailand dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini bagi tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Datuk Md. Anizam Ab. Rahman berkata, sasaran itu mampu dicapai berikutan berjaya mencapai jumlah 5 juta pelancong untuk tahun lalu.

“Kita mengadakan pelbagai program berbentuk kebudayaan dan kesenian bagi menarik minat pelancong ke negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak persatuan hotel dalam mempromosikan Kelantan di luar negeri dan negara melibatkan makananan, kebudayaan dan alam semula jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sukan Antara Hotel 2019 di Hotel Holiday Villa anjuran Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Kelantan, di sini hari ini.

Turut hadir Penasihat Persatuan Hotel Cawangan Kelantan, Datuk N. Subramaniam dan Presidennya, Maimun Mohd. Husain.

Anizam berkata, keunikan budaya, banyak tempat menarik dan paling utama mempunyai kepelbagaian makanan menjadi antara faktor membuatkan pelancong tertarik mengunjungi negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×