Lesbos dan Lindholm 'Alcatraz' Eropah - Utusan Malaysia

Lesbos dan Lindholm ‘Alcatraz’ Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEDIH dan memilukan. Begitulah gambaran kehidupan pelarian perang dari negara Asia Barat yang ditempatkan di kem tahanan pelarian terbesar di Moria, Pulau Lesbos, Greece. Kem tahanan ini yang dibuka sejak empat tahun lalu menjadi semakin padat apabila 9,000 pelarian tinggal di kem yang sepatutnya hanya mampu memuatkan 3,000 orang .

Pulau Lesbos yang dipisahkan dengan Turki oleh Selat Mytilini menjadi penempatan pelarian dari negara bergolak seperti Syria, Iraq dan Afghanistan sejak empat tahun lalu. Menyedihkan pelarian ini tidak mempunyai tempat tinggal yang mencukupi dan pakaian bersesuaian terutamanya apabila tiba musim sejuk.

Secara purata 84 pelarian berkongsi tandas dalam satu-satu masa. Keadaan tandas dan sistem kumbahan juga sangat teruk sehingga najis memasuki tempat tinggal mereka. Apabila tiba waktu makan pula, ribuan pelarian terpaksa berasak-asak selama tiga jam untuk mendapatkan makanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

PELARIAN DI EROPAH

Kebanjiran pelarian di negara-negara Eropah bermula pada 2015 dan 2016. Dilaporkan kira-kira satu juta pelarian cuba memasuki negara Eropah dan di Greece sahaja terdapat 70,000 pelarian cuba mendapatkan perlindungan.

Krisis yang tidak dijangka itu bukan sahaja dihadapi Greece malah negara lain seperti Denmark yang mempunyai polisi sangat keras terhadap imigran. Sejak empat tahun lalu ribuan pelarian cuba memasuki negara Skandinavia itu melalui pelbagai cara biar pun terpaksa mempertaruhkan nyawa.

Keadaan tersebut menyebabkan kerajaan Denmark memutuskan untuk menempatkan pelarian berkenaan di sebuah pulau terpencil seluas 6.9 hektar atau sepanjang 200 meter iaitu di Pulau Lindholm yang terletak 80 kilometer (km) dari selatan Copenhagen sebagai penyelesaian terhadap kebanjiran pelarian dalam tempoh dua tahun lagi.

Bagaimanapun, langkah diambil Denmark ini mendapat kecaman banyak pihak kerana pulau yang pernah dijadikan tempat pengasingan dan pembuangan binatang yang dijangkiti penyakit sekitar tahun 1926 bakal bertukar menjadi penjara terbuka.

LINDHOLM PENJARA TERBUKA

Berbeza dengan situasi di Moria pelarian yang ditempatkan di Lindholm boleh bebas untuk meninggalkan pulau tersebut dengan menggunakan dua feri berbayar yang disediakan.

Bagaimanapun harga ‘kebebasan’ yang diberikan itu bukan sepenuhnya. Pelarian terbabit masih perlu melaporkan diri kepada pihak polis dan bermalam di pusat tahanan tersebut, jika gagal mereka boleh dipenjara. Malah, terdapat cadangan untuk mengurangkan waktu perjalanan dan mengenakan kadar tambang tidak masuk akal bagi menekan pelarian terlibat.

Keadaan tersebut menimbulkan keresahan banyak pihak terutamanya kumpulan hak asasi manusia jika situasi sama yang sedang dihadapi di Moria berlaku pula di Lindholm.

DITENTANG KUMPULAN 
HAK ASASI

Sejak kemasukan beramai-ramai pelarian perang empat tahun lalu, mereka sentiasa menjadi mangsa dan sasaran serangan parti antiimigran, Parti Rakyat Denmark.

Namun begitu, di sebalik pelbagai tekanan yang diberikan, beberapa kumpulan hak asasi manusia membantah tindakan tidak beperikemanusiaan itu. Menurut aktivis hak asasi manusia Hentikan Diskriminasi, Steen D. Hartmann, keputusan yang diambil itu tidak wajar.Turut dikecam ialah sistem undang-undang di Denmark membenarkan pihak berkuasa merampas barangan berharga atau wang tunai bernilai AS$1,000 milik pelarian bagi membantu membiayai kos penginapan mereka di negara berkenaan. Selain undang-undang yang menekan itu, terdapat sebuah pihak berkuasa tempatan di negara itu yang telah mengeluarkan pekeliling supaya semua sekolah dan pusat jagaan di bawahnya menyediakan hidangan daging babi, iaitu makanan yang dilarang dalam Islam.

Tidak cukup dengan itu, timbul juga cadangan dalam kalangan ahli Parlimen Denmark bagi melarang haiwan disembelih mengikut cara Islam, melarang guru wanita memakai tudung, mewujudkan waktu perintah berkurung dan melarang penggunaan peralatan elektronik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×