Llorente gembira bersama Tottenham - Utusan Malaysia

Llorente gembira bersama Tottenham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Feb. – Penyerang Tottenham, Fernando Llorente menegaskan bahawa dia gembira untuk terus kekal bersama pasukan itu walaupun dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain.

Llorente bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Spurs sejak menyertai pasukan itu dari Swansea pada Ogos 2017.

Pemain Sepanyol itu dikaitkan dengan perpindahan Januari lalu tetapi memutuskan untuk terus bersama Spurs.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejujurnya saya gembira bersama Spurs dan saya tidak berhasrat untuk meninggalkan kelab ini.

“Saya bersama kelab yang hebat, saya masih ada kontrak dan saya berhasrat untuk menjulang trofi di sini.

“Sekarang ini saya sedang menikmati masa saya di sini dan berharap dapat menjaringkan lebih banyak gol,” katanya.

Llorente memiliki tujuh gol musim ini dan menjaringkan gol ketika Spurs menang 3-0 ke atas Borussia Dortmund dalam saingan kalah mati Liga Juar-Juara.

Bekas penyerang Athletic Bilbao itu memberitahu, jaringan pertamanya dalam kejohanan Eropah itu sangat bermakna buat dirinya.

“Saya sememangnya mengimpikan jaringan itu. Saya berada di bangku simpanan banyak kali dan sentiasa berusaha untuk menjaringkan gol.

“Sudah lama saya tidak menjaringkan gol selepas hadir sebagai pemain gantian dan jaringan itu sangat bermakna kerana ia adalah Liga Juara-Juara.

“Saya akan beraksi sebaik mungkin apabila diperlukan dan akan terus bekerja keras,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×