Jangan guna perkhidmatan, produk tidak berlesen - TMJ - Utusan Malaysia

Jangan guna perkhidmatan, produk tidak berlesen – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengingatkan masyarakat agar tidak terpengaruh untuk menggunakan perkhidmatan spa atau produk kecantikan tidak berlesen demi keselamatan dan kesihatan mereka sendiri. 

Menerusi catatan baginda dalam laman Facebook HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail menasihati orang ramai agar berhenti membeli produk-produk berkenaan dan sebaliknya berbangga dengan kecantikan yang dimiliki secara semula jadi walau apapun warna kulit.

Pada 9 November tahun lepas, Tunku Ismail pernah berkongsi mengenai produk pemutihan kulit dan obsesi orang ramai terhadap penggunaan produk-produk tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, baginda bertitah pernah membaca berita mengenai wajah seorang wanita yang melecur tahap tiga kerana menggunakan perkhidmatan ‘mobile spa’.

“Sekarang, saya dapati perkhidmatan spa tanpa lesen semakin berleluasa kerana orang ramai semakin obses dengan kecantikan paras muka. Tidak salah jika kita mahu menjaga rupa dan kecantikan tetapi ingat bahawa keselamatan dan kesihatan adalah lebih penting,” titah Tunku Ismail dalam catatan itu. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×