NEW YORK 15 Feb. – Gabenor New York, Andrew Cuomo menandatangani undang-undang memanjangkan tempoh statut keterbatasan untuk mangsa penderaan seks kanak-kanak sebagai langkah untuk mendapatkan aduan baharu.
Undang-undang yang dikenali sebagai Akta Mangsa Kanak-kanak itu akan membenarkan mangsa untuk memfailkan kes sivil hingga berusia 55 tahun, saman jenayah hingga 28 tahun berbanding had 23 tahun sebelum ini.
Akta yang akan berkuat kuasa dalam tempoh enam bulan itu menetapkan tempoh setahun untuk litigasi kepada mana-mana mangsa tanpa mengira umur untuk membuat tindakan sivil.
“Rang undang-undang ini membawa keadilan kepada mereka yang didera dan kebenaran yang tidak didedahkan dan dihukum sejak sekian lama.
“Dengan menandatangani rang undang-undang ini, kami mengatakan tiada siapa yang mengatasi undang-undang. Jika kamu melanggar undang-undang, kami akan mengetahui dan kamu akan dihukum dan keadilan akan dilakukan,” kata Cuomo dalam satu kenyataan semalam. -AFP











