SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Semenyih - Utusan Malaysia

SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

SPRM dalam kenyataannya berkata, bilik gerakan itu diadakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat, aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK itu.

Jelasnya, bilik gerakan yang beroperasi 24 jam itu ditempatkan di tingkat bawah, Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih dekat Kajang. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 016-988 0782 atau 03-5525 6500, faks 03-5525 6514.

“SPRM juga mengingatkan kepada semua calon serta parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, PRK DUN Semenyih dijadualkan pada 2 Mac depan manakala esok sebagai tarikh hari penamaan calon untuk pilihan raya itu. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×