KOLKATA 14 Feb. – Gara-gara permintaan untuk membeli sebuah motosikal baharu dan telefon pintar tidak ditunai, seorang remaja berusia 17 tahun tergamak membakar ibu kandungnya hidup-hidup di rumah mereka di New Town, Jagatpur, kelmarin.
Lapor Times of India, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, remaja lelaki yang berang dengan ibunya bertindak mengunci wanita itu di dalam sebuah bilik dan membakar bilik itu.
Kejadian itu bagaimanapun disedari jiran apabila mangsa menjerit meminta tolong.
Mangsa, Soma Manna, 40, dilaporkan kritikal dengan hampir 90 peratus badannya terbakar.
Suspek yanag melarikan diri sejurus kejadian bagaimanapun ditahan polis apabila dia datang untuk menduduki peperiksaan Madhyamik Bengali, pada keesokkan harinya. -AGENSI











