Pafa hargai MFL lulus permohonan tunda perlawanan - Utusan Malaysia

Pafa hargai MFL lulus permohonan tunda perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 14 Feb. -Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) merakamkan penghargaan kepada Liga
Bolasepak Malaysia (MFL) kerana meluluskan permohonan pasukan Perak untuk menunda
perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur esok.

Pafa turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat termasuk Persatuan Bola 
Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) kerana memberi 
pertimbangan dan kelulusan walaupun permohonan tersebut dikemukakan dalam tempoh agak singkat.

“Pafa memohon maaf secara terbuka di atas kenyataan awal daripada pihak kami yang menyatakan MFL telah menolak permohonan tersebut. Pafa  juga ingin menjelaskan bahawa kami tidak sama sekali mendakwa MFL tidak melayan permohonan berkenaan, seperti yang dilaporkan dalam tajuk berita beberapa portal berita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pafa telah menghantar permohonan menunda perlawanan menentang Kuala Lumpur pada pukul 11.10 pagi semalam. Pafa mengambil maklum MFL perlu melalui proses-proses tertentu termasuk mendapatkan persetujuan bersama KLFA dan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah MFL sebelum meluluskan permohonan,” kata Pafa dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, MFL bersetuju meminda perlawanan Kuala Lumpur dan Perak yang sepatutnya berlangsung esok ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“MFL memberi sokongan penuh dengan semangat kesukanan untuk melihat pasukan Perak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dalam ACL 2019,” kata MFL menerusi satu hantaran baharu di laman Facebook rasmi mereka, hari ini.

Semalam, Presiden Pafa, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, FAM telah menolak 
permohonan Perak untuk menangguhkan perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur di tempat lawan esok.

Ini menyebabkan pemain Perak tidak cukup rehat untuk untuk mengharungi perlawanan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang kelab Ulsan Hyundai di Korea, Selasa depan.

Perak memerlukan rehat yang secukupnya setelah beraksi 120 minit sebelum mengalahkan 
kelab Hong Kong, Kitchee SC menerusi penentuan penalti 6-5 dalam perlawanan kelayakan 
di Stadium Perak kelmarin selepas perlawanan sebenar berakhir 1-1. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×