Memang kenderaan saya, minta maaf - Mujahid - Utusan Malaysia

Memang kenderaan saya, minta maaf – Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mengakui gambar sebuah kereta yang diletakkan di tempat khas untuk orang kurang upaya dan tular di media sosial merupakan kenderaan miliknya.

Mujahid bersama bapa mertuanya.-Foto FB Dr. Mujahid Yusof Rawa.-UTUSAN ONLINE
Mujahid bersama bapa mertuanya.-Foto FB Dr. Mujahid Yusof Rawa.-UTUSAN ONLINE 

Mujahid menjelaskan, sewaktu kejadian kenderaan tersebut digunakan oleh anak-anaknya untuk membawa datuk mereka yang uzur dan mengguna kerusi roda untuk makan di sebuah restoran berdekatan dengan pakir tersebut.

Dalam satu hantaran di laman Facebooknya, Mujahid mewakili anak-anaknya memohon maaf di atas kejadian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…
Gambar kenderaan Mujahid yang disebarkan di media sosial.-UTUSAN ONLINE
Gambar kenderaan Mujahid yang disebarkan di media sosial.-UTUSAN ONLINE 

“Untuk makluman semua, saya menjaga ayah mertua yang keuzuran dan berkerusi roda. Sewaktu kejadian ini, anak-anak saya membawa datuk mereka untuk makan di restoran.

“Mereka telah menggunakan kemudahan parking OKU kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada datuk mereka yang uzur. Saya mewakili anak-anak memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengucapkan terima kasih di atas teguran ini,” kata Mujahid.

Seorang pengguna semalam menyebarkan sekeping gambar sebuah kenderaan yang mempunyai lambang ‘Ahli Parlimen Malaysia’ diletakkan di tempat khas untuk golongan OKU.

“Depa kata kereta plat P## ###6 ini milik YB Menteri Agama. Tak tau pulak dia OKU,” tulis hantaran tesebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×