TEHERAN 14 Feb. – Satu serangan pengebom bunuh diri di tenggara Iran mengorbankan sekurang-kurangnya 27 anggota pasukan Pengawal Revolusi Iran, lapor media tempatan.
Serangan menyasarkan bas yang membawa anggota pasukan tersebut di wilayah Sistan-Baluchestan dekat sempadan Pakistan.
Kumpulan militan Jaish al-Adl memberitahu bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pasukan Pengawal Revolusi Iran yang ditubuhkan selepas Revolusi 1979 merupakan pasukan tentera utama di Iran. – AFP











