BERLIN 13 Feb. – Tumor ditemukan berada dalam tulang kaki kura-kura yang hidup pada era Trias iaitu pada 240 juta tahun dahulu.
Penemuan tersebut kemungkinan menjadi bukti kes kanser terawal di dunia.
Saintis Jerman yang menemukannya ketika memeriksa fosil sel dasar kura-kura hidup bersama dinosaur dan mamalia yang terawal.
Bagaimanapun, tumor di paha yang ditemukan menerusi pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) hanya didedahkan dalam jurnal saintis pada minggu ini. – AGENSI











