Heboh hakim tunjuk isyarat 2 jari - Utusan Malaysia

Heboh hakim tunjuk isyarat 2 jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 13 Feb. – Institusi Kehakiman Indonesia digemparkan de­ngan sekeping gambar sekumpulan hakim menunjukkan isyarat dua jari yang dikaitkan dengan perjalanan pilihan raya Presiden (Pilpres).

Ini kerana, calon Presiden (Capres) Indonesia, Prabowo Subianto menggunakan simbol dua jari untuk merujuk diri beliau sebagai calon nombor dua dalam kertas pencalonan.

Detik News melaporkan, gambar yang tular dalam laman sosial memaparkan 10 orang hakim termasuk seorang hakim wanita menunjukkan jari telunjuk dan ibu jari sambil tersenyum.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun Ketua Mah­kamah Daerah Jakarta Te­ngah, Jakpus Yanto tampil menafikan gambar itu yang kononnya berunsur politik sebaliknya menjelaskan, isyarat itu adalah simbol pistol.

Katanya, gambar itu diambil tiga bulan lalu sebagai kena­ngan perpisahan kerana salah seorang daripada hakim terbabit berpindah ke Mahkamah Daerah Bengkulu.

“Ia adalah simbol pistol, bukannya isyarat nombor dua dan gambar itu dirakam menggunakan kamera, kita tidak memakai telefon pintar,” katanya semalam.

Dalam temu bual berasi­ngan, Hakim Anwar yang me­ngaku menyebarkan gambar itu berkata, gambar terbabit tidak ada kaitan dengan perjalanan Pilpres.

“Gambar ini dirakam pada sebelah pagi sebelum bermulanya mesyuarat ketika perpisahan Hakim Ansori,” kata­nya.

Sementara itu, menerusi notis dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Mahkamah Agung, Badilum berkata, hakim dila­rang sama sekali terlibat dalam aktiviti politik.

Notis itu menyebut, hakim perlu bebas, tidak berat sebelah dan mereka dilarang memuat naik sebarang gambar, komen atau isyarat bagus dalam mana-mana laman sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×