Kemasukan Shabudin ke dalam PH `membimbangkan’ - Utusan Malaysia

Kemasukan Shabudin ke dalam PH `membimbangkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Penyertaan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan sebagai `membimbangkan’.

Ahli Parlimen DAP dari Klang, Charles Santiago berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak sepatutnya menerima masuk individu kontroversi seperti beliau yang pernah menimbulkan polemik berkaitan isu perkahwinan membabitkan mangsa rogol sebelum ini. 

“Saya difahamkan parti dalam PH akan berunding terlebih dahulu bila bercerita tentang menerima individu kontroversi daripada kerajaan terdahulu.

“Reaksi dalam media sosial tentang Shahbudin amat jelas. Kita (PH) mengalami masalah kurang kepercayaan daripada rakyat. Jika berlarutan, masyarakat akan menggelar kita sebagai Barisan Nasional (BN) 2.0,” katanya dalam  hantaran di Facebook beliau hari ini.

Semalam, enam bekas wakil rakyat UMNO menyertai Bersatu kerana yakin dengan perjuangan yang dibawa Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selain Shahbudin, yang turut menyertai parti itu ialah Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×