30 warga asing dicekup di Kulim - Utusan Malaysia

30 warga asing dicekup di Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 13 Feb. – Seramai 30 orang warganegara asing yang dipercayai bekerja secara haram di premis-premis perniagaan dan tapak pembinaan perumahan ditahan Jabatan Imigresen di sekitar Kulim, dekat sini semalam.

Mereka yang ditahan dalam operasi bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam itu terdiri daripada seramai 18 orang lelaki warga Bangladesh, dua lelaki Myanmar dan seorang lelaki Pakistan.

Turut ditahan, empat lelaki dan dua wanita Nepal serta tiga wargaengara Indonesia yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, kesemua mereka yang berumur antara 22 sehingga 47 tahun itu, kini ditahan di lokap imigresen sebelum diserahkan ke Depot Imigresen Belantik, Sik.

“Kita memeriksa seramai 289 orang pelbagai warganegara di beberapa lokasi di sekitar daerah itu.

“Operasi tersebut berjaya menemukan 30 daripada mereka yang tiada dokumen sah, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Zuhair, seramai 26 orang pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri terlibat dalam operasi bersepadu itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen (15)(1)(c) Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155) serta Per.39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×