Petisyen tetap diteruskan walaupun Shabudin masuk Bersatu - Utusan Malaysia

Petisyen tetap diteruskan walaupun Shabudin masuk Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 12 Feb.- Petisyen pilihan raya mencabar kemenangan Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Tasek Gelugor akan diteruskan walaupun penyandangnya, Datuk Shabudin Yahaya memasuki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, terserah kepada mahkamah untuk memutuskan berhubung permohonan yang dikemukakan oleh beliau sendiri.

“Kita akan teruskan (petisyen), biarlah mahkamah putuskan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kad Keahlian Bersatu kepada enam bekas Ahli Parlimen UMNO di sini hari ini.

Shabudin merupakan antara enam bekas Ahli Parlimen UMNO yang mengisytiharkan untuk memasuki Bersatu hari ini.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini memerintahkan petisyen pilihan raya untuk mencabar kemenangan BN bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk pendengaran.

Petisyen itu difailkan oleh Marzuki selepas Shabudin menang dengan majoriti 81 undi.

Pada masa sama, Shabudin enggan mengulas mengenai perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×