Lelaki simbah asid rakan sekerja didakwa - Utusan Malaysia

Lelaki simbah asid rakan sekerja didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Seorang pengawai pengawalan kredit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas rakan sekerjanya dengan menggunakan cecair asid akhir Januari lalu.

Mohd. Nazaruddin Najmuddin, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan parah dengan jalan menggunakan bahan berkenaan yang mengakibatkan kelecuran kepada bekas rakan sekerjanya Nor Shafika Hasim, 32.

Perbuatan tersebut dilakukan di Jalan Pandan Indah 22, Pandan Indah dekat sini pukul 7.40 malam 25 Januari lalu dan dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan yang dikendalikan  Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie dibuat Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun selain denda atau sebatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×